Monday, February 20, 2017

Teknik Navigasi Tanpa Kompas.


Saya selalu bercerita tentang nagasi dan laut , yang selalu ikuti penulisan saya memang dah faham sangat .
Mungkin juga ada yang tertanya tanya :" Elehh... orang tua ni , cerita navigasi lah, buruj bintang lah,laut lah dia pernah lalu ke semua tu"
Jadi rasanya elok saya ceritakan sikit pengalaman saya di masa lampau. Untuk laut lepas macam Laut Cina Selatan atau lautan Hindi , memang saya tak pernah. Tapi di Selat Melaka memang pernah.
Cerita ni pada tahun 1979, waktu tu umur saya 22 tahun. Gang kami 4 orang , ketua kami namanya Rani umur dia 23 tahun , saya 22 tahun, sorang lagi kawan saya umur 18 tahun, dan sorang lagi umur 16 tahun. Semuanya masih sangat muda.
kami berkerja dengan seorang tauke cina di Matang , Taiping , Perak.Cina tu tauke kilang kapur.
Tugas kami berempat , keluar ke laut ,ke Tanjung Hantu dekat Lumut , Perak , cari kulit siput , isi dalam gumi , isi dalam bot dan bawa balik ke Matang untuk di buat kapur (untuk industri binaan ).
Kami diberikan sebuah bot , panjangnya sekitar 60 kaki dengan enjin Mercedes 200 HP .
Itulah tugasan kami berempat, ketua kami Rani ni , dia sekolah sampai darjah 4 saja, tapi dia punya terer , fuh ,tak tau nak cakap. segala selok belok laut , enjin bot semua dia tahu.
Jadi nak cerita sikit tentang navigasi ni.
Kadang kadang kami bawa balik bot dengan muatan 25 tan dari Tanjung Hantu ke Matang .Paling susah waktu malam. Oleh kerana muatan yang banyak , kami kena lalu 5 km atau 10 km dari pantai,takut tersangkut di beting. Paling perit waktu malamlah. Bila kita 10km dari pantai yang kita nampak hanyalah air laut di keliling kita, Semua gelap darat memang dah tak nampak dah.
Jadi apa cara untuk tentukan arah?
Inilah teknik navigasi tanpa kompas yang kami guna.
Dari tanjung hantu akan kelihatan satu dom cahaya menjulang di angkasa . Cahaya tu adalah cahaya bandar Pulau Pinang. boleh nampak dari jarak 100 km .Selain dari tu bulan pun berguna juga. Bulan kan terbit dari timur dan terbenam di ufuk barat. Jadi itu penandaan timur barat , jadi kami kena tuju arah ke utara. Selain dari itu kena tuju arah cahaya bandar Pulau Pinang .
Sambil menuju ke arah cahaya Pulau pinang, bila dah 4 jam perjalanan , perhatikan pula sebelah kanan. Nanti akan nampak cahaya bandar Taiping . Bila dah nampak cahaya Taiping , dari tengah laut , terus pusing tuju tepat ke arah cahaya Taiping. Agak dalam 1 km dari pantai akan kelihatan lampu di Kuala Sepetang dan Kuala Sungai Kertang. Kami akan tuju lampu di Kuala Sungai Kertang. Kena pilih laluan alur yang betul, kiri kanan alur tu pun beting juga. Bila dah masuk kuala Sungai Kertang, menyusur sungai terus hingga sampai ke pengkalan . Itu lah cara kami.
Untuk di selat Melaka tak perlu rujuk buruj bintang pun tak apa. Tapi kalau di laut Cina Selatan , nak pula musim bulan gelap, itu kena perhatikan buruj bintang untuk rujukan sebab bulan tak kelihatan Itu lah yang nelayan Terengganu guna zaman dulu . Ada 4 buruj utama itu :
*Buruj Pari
*Buruj Biduk
*Buruj Belantik
*Buruj Skorpio.
                                                        buruj pari

Walau pun saya tak guna atau rujuk buruj ketika di laut ,tapi saya memang selalu duduk depan rumah waktu malam , sambil isap rokok cengkih berkepui kepui , sambil mengenang zaman muda yang penuh nostalgia , saja perhatikan lagit dan perhatikan buruj buruj tersebut. Bila lagit cerah memang ada kelihatan buruj buruj tu semua. Saja sekadar belajar dan ambil tahu.
Memang tabiat saya suka memerhati alam dan belajar dari alam.

No comments:

Post a Comment