Codex adalah kod kod rahsia sesuatu bangsa dalam sesuatu bidang.
Gambar diatas adalah codex kalendar suku Maya di Amerika Tengah yang dah berusia lebih 5000 tahun.Sampai sekarang saintis barat tidak berjaya menterjemahkannya. Lalu saintis barat buat teori kiamat 2012 berdasarkan codex ini . Akhirnya orang barat hanya ditertawakan oleh orang Maya , kerana tempoh yang disangka kiamat itu adalah kitaran lengkap kalendar tersebut . bukan tarikh kiamat. Tarikh kiamat tu rahsia Allah, mana ada manusia boleh kira.Itu tentang codex suku Maya.
Bagaimana pula bangsa Melayu ..Ada tak codex sendiri?
Jawapannya:
Ya..memang ada.
Oleh kerana bangsa Melayu adalah bangsa pelayar yang hebat, tentulah bangsa Melayu pun ada rahsianya sendiri dan codexnya sendiri , dan sudah tentulah codex itu pun berkait dengan laut juga.
Jadi gambar no 2 itulah codex ilmu laut Melayu
Ia adalah penandaan kitaran air laut untuk setiap hari sepanjang sebulan dan juga musim musim air laut dalam sebulan.
gambar 2: codex ilmu laut melayu
gambar 3
Dalam gambar no 3 pula adalah penandaan tarikh tarikh air pasang pagi atau pasang petang.
Gambar terakhir no 4 pula adalah codex Melayu yang saya bentuk setelah selesai kajian saya.
Seperti biasa ilmu Melayu ini diwarisi melalui lisan, bukan melalui
tulisan atau catitan. Jadi sampai sekarang bangsa bangsa lain di dunia
ini tidak dapat mencuri rahsia codex ilmu laut Melayu ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXKZ-aUXOVEy9vjZlxYOEvvGQTbMf3cOO4lyvYR9bfnTtQwOtTh_eja9Oal8VEraN6-qncqTjcN257FpzK5YPwnvX-0u2o9J7TAo61EhUj_NRSa2Z8DLSSERznWRwwBqeCITIwQ99HSgA/s320/godek+4.jpg)
Sampai hari ini hanya bangsa Melayu yang memahaminya dan memilikinya.
Kita bernasib baik.Kalau pihak barat tahu perkara ni zaman dulu , depa dah rembat dah , lepas tu mengaku dia yang punya.
Nak tahu perincian codex ni, datanglah ke Hang Tuah Centre Melaka pada
15 April nanti. Di situ saya akan bongkar semuanya sebagai khazanah
untuk bangsa Melayu akan datang.
Hadiah dari saya untuk bangsa Melayu oleh: Mohd Salleh Marzuky
No comments:
Post a Comment