oleh:
Ilmu ..Dan... Amal....
Kadang kadang bila kita tulis tentang sejarah bangsa Melayu akan ada satu dua
suara yang kata " Apalahlah nak dibanggakan tentang bangsa Melayu, apa
faedahnya, sejarah dah berlalu, yang penting adalah masa sekarang".Ini adalah statement yang biasa keluar .
Ok saya tanya beberapa soalan:
1.Berapa orang anak Melayu yang tahu teknologi pembuatan perahu atau kapal
Melayu?
2.Berapa orang yang tahu tentang teknik atau teknologi pelayaran ?
3.Berapa orang yang tahu tentang teknik navigasi atau pandu arah secara alami
tanpa menggunakan kompas?
4.Berapa orang yang tahu macam mana teknik pembinaan rumah tradisional Melayu?
5.Berapa orang anak Melayu yang tahu tentang teknologi pembuatan senjata api
Melayu di zaman silam?
Jawapannya:
Sangat sedikit anak Melayu yang tahu atau pun langsung tidak tahu dan tidak
mampu buat semua tu.
Betul tak?
Sebab Apa?
Sebab kita enggan mengkaji sejarah...
dan tidak mahu mengambil tahu....
Apa kaitannya dengan sejarah?
Bila kita mengkaji sejarah, maka kita akan menemui berbagai cabag ilmu warisan
silam , kita tulis,kita kaji dan kita ambil apa yang boleh memberi manfaat
kepada kita hari ini .
Jadi kita memerlukan beberapa team :
1.Mengkaji , menulis dan menghasilkan karya penceritaan .
2.Mengkaji dan membuat R & D untuk mencari fungsi dan faedah.
3.Membangunkan teknologi dan inovasi untuk diguna pakai hari ini.
Itulah peranan kajian sejarah .
Mengkaji sejarah bukan untuk kita berangan angan atau berkhayal , lebih jauh
dari itu adalah adaptasi ilmu untuk dikembangkan dan digunapakai hari ini.
Jadi siapa kata kajian sejarah itu tidak penting dan tiada faedah?
Kot nak tahu orang putih tu kaji sejarah lebih dahsyat dari kita , dan dari
situlah mereka menemui berbagai cabang ilmu hingga mereka jadi bangsa yang
maju.
Ini kita beranggapan kononnya mengkaji sejarah itu sia sia, last last ,kita
hampeh apa pun tak tahu dan kita ketinggalan dalam hampir semua
bidang,sedangkan datok nenek kita dulu adalah bangsa yang maju, lebih maju dari
orang barat sendiri termasuklah dalam bidang astronomi dan sains, kita je yang
tak tahu. Bab ni kalau saya nak cerita pun terlalu panjang . Cukuplah saya bagi
klu siit sikit begitu.
Kalau nak ditulis tentang teknologi Melayu silam , 10 buku pun tak cukup.
Kot nak tahu undang undang laut antarabangsa sekarang pun sebahagian darinya
adalah cedokan dari undang undang laut Melaka abad ke 15 dan undang undang laut
Makasar (Ammana Gapa) . Yang ni lagi ramai orang tak tahu. Silap silap Amanna
Gapa ni orang ingat Rempah kari Allaggapas....hi..hi..hi..
No comments:
Post a Comment