Monday, February 20, 2017

Codex Ilmu Laut Melayu Siri 2
Fasa fasa bulan dan musim di laut.
Musim musim air laut berkait secara langsung dengan kedudukan bulan , iaitu sudut sisihan kedudukan bulan dari matahari .Jadi corak kesan aruhan graviti bulan dan kesan aruhan graviti matahari berbeza beza setiap hari. Inilah yang menyebabkan terbentuknya sifat sifat air laut yang berbeza setiap hari. Sifat sifat yang berbeza inilah yang membentuk musim musim air laut. Agak rumit dan teknikal ceritanya ,jadi saya ringkaskan saja untuk mudah difahami.
Setelah orang tua tua Melayu dulu menandakan 10 musim edaran air laut dalam sebulan dan dan waktu air pasang pagi atau petang,mereka juga telah mengenal pasti musim musim air laut tersebut berpadanan dengan bentuk atau fasa fasa bulan .
Kiranya orang tua tua dulu tengok bentuk fasa bulan saja dah tau musim edaran yang mana . Jadi tengok di rumah pun dah tahu sesuai atau tidak turun ke laut untuk menangkap ikan.

1.Bulan sabit muda kecil-Pasang besar peringkat 1 (awal bulan ).
2.Bulan sabit muda besar-Menyorong kecil.
3.Bulan separa muda (separuh )-air pasang mati.
4.Bulan purnama muda -Air menyorong besar.
5.Bulan purnama penuh- air pasang besar peringkat 2.
6.Bulan purnama tua besar -Pasang besar peringkat 1.
7.Bulan purnama tua mengecil (3/4)-Menyorong kecil.
8.Bulan separa tua -Air pasang mati .
9.Bulan sabit tua -Air menyorong besar.
10.Bulan gelap- Air pasang besar peringkat 2.
Note:
Bulan muda -=1 - 15 hb taqwim hijrah.
Bulan tua =16-30 hb taqwim hijrah.
Berdasarkan kajian saya , carta orang tua tua Melayu ini saya telah bandingkan dengan data Pusat Hidrografi Nasional TLDM ( geraf berwarna dalam gambar ), saya dapati ketepatannya adalah hampir 100 % tepat. Itu membuktikan orang tua tua pelaut Melayu dulu memang hebat dan terer .
Note:
Walaupun kita merekod carta berasaskan kalendar hijrah,tapi pak Arab sendiri tak tahu menahu tentang perkara ni.
Apa tah lagi orang putih. Kitaran air laut omputih hanya ada 4 dalam sebulan ,iaitu 2 kali high tide dan 2 kali low tide. itu saja. sedangkan orang Melayu dah berjaya tandakan 10 musim air laut dalam sebulan dengan begitu tepat sekali semenjak beratus tahun lalu , atau mungkin dah beribu tahun lalu.
Itulah hebatnya ilmu laut Melayu.

No comments:

Post a Comment