oleh: Ahmad Marzuky
Kepada orang lama tentu dah tahu. Tapi kepada golongan muda mungkin kurang tahu
sebab tidak melalui zaman itu.
Ketika Malaya merdeka pada tahun 1957 , Malaya masih meneruskan menggunakan
mata wang British. Begitu juga Serawak dan Sabah yang masih menggunakan
matawang British Borneo.Kemudian pada tahun 1963 Sarawak dan Sabah bergabung dengan Malaya membentuk
Malaysia.
Matawang Malaysia sendiri mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada
tahun 1967 . Ketika itulah orang ramai terpaksa menukar wang lama British
kepada wang baru terbitan Malaysia sendiri.
Ketika penukaran wang ini nilai wang lama menyusut sedikit. Saya dah lupa nilai
penyusutannya. Kalau tak silap 1 ringgit wang lama = 75 sen wang baru.
Selepas itu tahun demi tahun berlaku beberapa kali pertukaran atau perubahan
rekabentuk samada wang kertas atau wang syiling sehinggalah rekabentuk terbaru
sekarang.
No comments:
Post a Comment