Tuesday, February 21, 2017

5 petua memancing

Kata orang tua tua.
Kalau nak menangkap udang di laut , perhatikan ufuk timur ketika matahari terbit. Kalau ada mega merah (macam awan berwarna merah ), itu dah start musim udang ,sebab itulah petanda musim panas.
Kalau musim sejuk, udang kurang di laut.
Mungkin petua ni boleh kita cuba dan amalkan.

Kalau memancing pulak, petua orang tua tua :
Air keruh makan siang.
Air jernih makan malam.
Kalau nak cari lubuk udang galah
Cari lokasi pertembungan antara air masin dan air tawar di kuala sungai. Kaedah , dengan rasa airnya.

Petua Dan Teknik

1.Menjala udang laut.
Jala tangsi atau benang saiz 1/2 inci atau 3/4 inci, panjang 12 atau 14 kaki
Musim : Air pasang besar 13 -18 haribulan taqwim hijrah atau 28- 3 haribulan taqwim hijrah .Paling baik waktu bulan purnama 13 - 18 hb taqwim hijrah.
Waktu: Air mula pasang membawa 3 jam hingga separuh penuh , kalau boleh waktu malam sebab banyak udang menghampiri tebing waktu malam.
Lokasi : di tepi muara atau pantai, tak payah tengah pun.

2.Menjaring Belanak
Jaring tangsi saiz 1 1/4 inci ,panjang 200 kaki hingga 400 kaki .
Lokasi : Kawasan pantai atau tebing muara sungai yang airnya sedalam sekitar 3 kaki.
Waktu : Air mula pasang.
Musim , Air menyorong kecil, menyorong besar dan musim air pasang besar.

3. MemancingIkan bagok dan sembilang
Perambut bawah sepanjang satu depa,
Umpan paling baik udang baru atau pumpun.
Waktu : Air mula pasang hingga penuh.
Musim : Air pasang besar ( 13-18 dan 28- 3 hb taqwim hijrah)

4. Gelama pisang
Perambut bawah satu depa
Umpan : Udang baru atau ikan beliak mata (puput ).
Waktu : Air mula pasang hingga air penuh.
Musim : Air pasang besar 13-18dan 28-3 hb taqwim hijrah.

5. Pari
Perambut bawah sepanjang satu depa
Umpan: udang baru atau pumpun atau ikan bebolos.
Waktu : Air separuh penuh hingga air penuh.
Musim : Air pasang besar : 13-18 dan 28-3 hb taqwim hijrah.
Yang ni semua petua dan taktik cara saya.

Siapa nak mencuba silakan.
oleh: Mohd Salleh Marzuky
Selamat mencuba.

tags: kaki pancing, 

Monday, February 20, 2017

Codex Ilmu Laut Melayu ..siri 3.
Yang ini pun saya rasa ramai orang tak tahu .Ini pun adalah ilmu laut orang tua tua Melayu dahulu kala.
Dia jengok kat tingkap , dia tengok bulan, dia dah tahu air laut sedang pasang , penuh atau surut . Hanya dengan melihat bulan dari rumah, tak payah pergi ke laut pun dah tahu.
Bagai mana?
1.Apabila bulan berada di ufuk timur ,air laut sedang penuh.
2.Apabila bulan mula naik meninggi di sebelah ufuk timur, air laut sedang surut.
3.Apabila bulan berada tegak di atas kepala, itu tandanya air laut sedang surut hingga ke paras paling rendah (timpas ).
4.Apabila bulan mula menurun di ufuk barat, itu tandanya air sedang mula pasang .
5.Apabila bulan terbenam di ufuk barat itu tandanya air laut sedang penuh semula.

Yang ni tak kira mana mana fasa bulan samada sabit, separa , atau purnama, formulanya sama saja.
Jadi anda boleh tengok sendiri .
Hebat tak ilmu laut Melayu warisan orang tua tua kita dahulu kala.
Yang ini anda boleh test sendiri kat tepi pantai. Anda boleh tengok sendiri benar atau tidak .Ketepatannya juga hampir 100 %. Nak mudah lagi anda test pada 15 haribulan tawim hijrah,sebab waktu tu bulan penuh dan efeknya pun sangat ketara.
Codex Ilmu Laut Melayu Siri 2
Fasa fasa bulan dan musim di laut.
Musim musim air laut berkait secara langsung dengan kedudukan bulan , iaitu sudut sisihan kedudukan bulan dari matahari .Jadi corak kesan aruhan graviti bulan dan kesan aruhan graviti matahari berbeza beza setiap hari. Inilah yang menyebabkan terbentuknya sifat sifat air laut yang berbeza setiap hari. Sifat sifat yang berbeza inilah yang membentuk musim musim air laut. Agak rumit dan teknikal ceritanya ,jadi saya ringkaskan saja untuk mudah difahami.
Setelah orang tua tua Melayu dulu menandakan 10 musim edaran air laut dalam sebulan dan dan waktu air pasang pagi atau petang,mereka juga telah mengenal pasti musim musim air laut tersebut berpadanan dengan bentuk atau fasa fasa bulan .
Kiranya orang tua tua dulu tengok bentuk fasa bulan saja dah tau musim edaran yang mana . Jadi tengok di rumah pun dah tahu sesuai atau tidak turun ke laut untuk menangkap ikan.

1.Bulan sabit muda kecil-Pasang besar peringkat 1 (awal bulan ).
2.Bulan sabit muda besar-Menyorong kecil.
3.Bulan separa muda (separuh )-air pasang mati.
4.Bulan purnama muda -Air menyorong besar.
5.Bulan purnama penuh- air pasang besar peringkat 2.
6.Bulan purnama tua besar -Pasang besar peringkat 1.
7.Bulan purnama tua mengecil (3/4)-Menyorong kecil.
8.Bulan separa tua -Air pasang mati .
9.Bulan sabit tua -Air menyorong besar.
10.Bulan gelap- Air pasang besar peringkat 2.
Note:
Bulan muda -=1 - 15 hb taqwim hijrah.
Bulan tua =16-30 hb taqwim hijrah.
Berdasarkan kajian saya , carta orang tua tua Melayu ini saya telah bandingkan dengan data Pusat Hidrografi Nasional TLDM ( geraf berwarna dalam gambar ), saya dapati ketepatannya adalah hampir 100 % tepat. Itu membuktikan orang tua tua pelaut Melayu dulu memang hebat dan terer .
Note:
Walaupun kita merekod carta berasaskan kalendar hijrah,tapi pak Arab sendiri tak tahu menahu tentang perkara ni.
Apa tah lagi orang putih. Kitaran air laut omputih hanya ada 4 dalam sebulan ,iaitu 2 kali high tide dan 2 kali low tide. itu saja. sedangkan orang Melayu dah berjaya tandakan 10 musim air laut dalam sebulan dengan begitu tepat sekali semenjak beratus tahun lalu , atau mungkin dah beribu tahun lalu.
Itulah hebatnya ilmu laut Melayu.
Teknik Navigasi Tanpa Kompas.


Saya selalu bercerita tentang nagasi dan laut , yang selalu ikuti penulisan saya memang dah faham sangat .
Mungkin juga ada yang tertanya tanya :" Elehh... orang tua ni , cerita navigasi lah, buruj bintang lah,laut lah dia pernah lalu ke semua tu"
Jadi rasanya elok saya ceritakan sikit pengalaman saya di masa lampau. Untuk laut lepas macam Laut Cina Selatan atau lautan Hindi , memang saya tak pernah. Tapi di Selat Melaka memang pernah.
Cerita ni pada tahun 1979, waktu tu umur saya 22 tahun. Gang kami 4 orang , ketua kami namanya Rani umur dia 23 tahun , saya 22 tahun, sorang lagi kawan saya umur 18 tahun, dan sorang lagi umur 16 tahun. Semuanya masih sangat muda.
kami berkerja dengan seorang tauke cina di Matang , Taiping , Perak.Cina tu tauke kilang kapur.
Tugas kami berempat , keluar ke laut ,ke Tanjung Hantu dekat Lumut , Perak , cari kulit siput , isi dalam gumi , isi dalam bot dan bawa balik ke Matang untuk di buat kapur (untuk industri binaan ).
Kami diberikan sebuah bot , panjangnya sekitar 60 kaki dengan enjin Mercedes 200 HP .
Itulah tugasan kami berempat, ketua kami Rani ni , dia sekolah sampai darjah 4 saja, tapi dia punya terer , fuh ,tak tau nak cakap. segala selok belok laut , enjin bot semua dia tahu.
Jadi nak cerita sikit tentang navigasi ni.
Kadang kadang kami bawa balik bot dengan muatan 25 tan dari Tanjung Hantu ke Matang .Paling susah waktu malam. Oleh kerana muatan yang banyak , kami kena lalu 5 km atau 10 km dari pantai,takut tersangkut di beting. Paling perit waktu malamlah. Bila kita 10km dari pantai yang kita nampak hanyalah air laut di keliling kita, Semua gelap darat memang dah tak nampak dah.
Jadi apa cara untuk tentukan arah?
Inilah teknik navigasi tanpa kompas yang kami guna.
Dari tanjung hantu akan kelihatan satu dom cahaya menjulang di angkasa . Cahaya tu adalah cahaya bandar Pulau Pinang. boleh nampak dari jarak 100 km .Selain dari tu bulan pun berguna juga. Bulan kan terbit dari timur dan terbenam di ufuk barat. Jadi itu penandaan timur barat , jadi kami kena tuju arah ke utara. Selain dari itu kena tuju arah cahaya bandar Pulau Pinang .
Sambil menuju ke arah cahaya Pulau pinang, bila dah 4 jam perjalanan , perhatikan pula sebelah kanan. Nanti akan nampak cahaya bandar Taiping . Bila dah nampak cahaya Taiping , dari tengah laut , terus pusing tuju tepat ke arah cahaya Taiping. Agak dalam 1 km dari pantai akan kelihatan lampu di Kuala Sepetang dan Kuala Sungai Kertang. Kami akan tuju lampu di Kuala Sungai Kertang. Kena pilih laluan alur yang betul, kiri kanan alur tu pun beting juga. Bila dah masuk kuala Sungai Kertang, menyusur sungai terus hingga sampai ke pengkalan . Itu lah cara kami.
Untuk di selat Melaka tak perlu rujuk buruj bintang pun tak apa. Tapi kalau di laut Cina Selatan , nak pula musim bulan gelap, itu kena perhatikan buruj bintang untuk rujukan sebab bulan tak kelihatan Itu lah yang nelayan Terengganu guna zaman dulu . Ada 4 buruj utama itu :
*Buruj Pari
*Buruj Biduk
*Buruj Belantik
*Buruj Skorpio.
                                                        buruj pari

Walau pun saya tak guna atau rujuk buruj ketika di laut ,tapi saya memang selalu duduk depan rumah waktu malam , sambil isap rokok cengkih berkepui kepui , sambil mengenang zaman muda yang penuh nostalgia , saja perhatikan lagit dan perhatikan buruj buruj tersebut. Bila lagit cerah memang ada kelihatan buruj buruj tu semua. Saja sekadar belajar dan ambil tahu.
Memang tabiat saya suka memerhati alam dan belajar dari alam.

Codex Ilmu Laut Melayu

Apa itu codex?

Codex adalah kod kod rahsia sesuatu bangsa dalam sesuatu bidang.

Gambar diatas   adalah codex kalendar suku Maya di Amerika Tengah yang dah berusia lebih 5000 tahun.Sampai sekarang saintis barat tidak berjaya menterjemahkannya. Lalu saintis barat buat teori kiamat 2012 berdasarkan codex ini . Akhirnya orang barat hanya ditertawakan oleh orang Maya , kerana tempoh yang disangka kiamat itu adalah kitaran lengkap kalendar tersebut . bukan tarikh kiamat. Tarikh kiamat tu rahsia Allah, mana ada manusia boleh kira.Itu tentang codex suku Maya.

Bagaimana pula bangsa Melayu ..Ada tak codex sendiri?

Jawapannya:

Ya..memang ada.
Oleh kerana bangsa Melayu adalah bangsa pelayar yang hebat, tentulah bangsa Melayu pun ada rahsianya sendiri dan codexnya sendiri , dan sudah tentulah codex itu pun berkait dengan laut juga.
Jadi gambar no 2 itulah codex ilmu laut Melayu
Ia adalah penandaan kitaran air laut untuk setiap hari sepanjang sebulan dan juga musim musim air laut dalam sebulan.
                                                       gambar 2: codex ilmu laut melayu

                                                     gambar 3

Dalam gambar no 3 pula adalah penandaan tarikh tarikh air pasang pagi atau pasang petang.

Gambar terakhir no 4 pula adalah codex Melayu yang saya bentuk setelah selesai kajian saya.

Seperti biasa ilmu Melayu ini diwarisi melalui lisan, bukan melalui tulisan atau catitan. Jadi sampai sekarang bangsa bangsa lain di dunia ini tidak dapat mencuri rahsia codex ilmu laut Melayu ini.


Sampai hari ini hanya bangsa Melayu yang memahaminya dan memilikinya.

Kita bernasib baik.Kalau pihak barat tahu perkara ni zaman dulu , depa dah rembat dah , lepas tu mengaku dia yang punya.

Nak tahu perincian codex ni, datanglah ke Hang Tuah Centre Melaka pada 15 April nanti. Di situ saya akan bongkar semuanya sebagai khazanah untuk bangsa Melayu akan datang.
Hadiah dari saya untuk bangsa Melayu                                                                                                       oleh: Mohd Salleh Marzuky             

Monday, February 13, 2017

Asal ususl Melayu di seluruh dunia

Bangsa melayu sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai keturunan Melayu. Asal-usul melayu telah pun berkembang biak melahirkan bangsa melayu kacukan dari pelbagai bangsa yang wujud di dunia pada hari ini.Ianya berlaku melalui perkahwinan campur dari melayu asli yang menetap di sesuatu tempat atau kerana perpindahan/migrasi melayu tersebut ke sebuah tempat lain di mana-mana negara dalam dunia ini. Namun, masih ramai yang mengekalkan identiti melayu asli dengan berkahwin sesama melayu. Melayu yang mempunyai jati diri dan semangat kemelayuan yang tinggi dalam diri pasti memilih pasangan sebangsa dan senegara. 

Rumpun melayu banyak ditemui di sekitar negara Asia Tenggara. Ada negara yang masih bermajoritikan melayu sebagai bangsa utama negara mereka umpamanya Malaysia, Indonesia, Brunei. Namun melayu yang telah menjadi bangsa minoriti di negara masing-masing seperti Melayu Patani di Thailand, Melayu Champa. 


Negara Melayu-Polinesia Merdeka
1.Indonesia
2. Filipina
3. Malaysia
4. Madagaskar
5. Samoa
6. Nauru
7. Tonga
8. Tuvalu
9. Kiribati
10. Brunei
11. Pulau Marshall
12. Belau
13. Mikronesia Bersekutu
14. Pulau Cook
15. Pulau Nieu
16. Papua New Guinea dan Melanesia




Ada juga yang telah migrasi ke negara-negara Eropah. Rumpun melayu kini telah tersebar ke seluruh dunia.

Negara yang Memiliki Peratus Tinggi Rumpun Melayu-Polinesia
1.Singapura
2. Cocos (dibawah Australia)
3. Marianas Utara (dibawah USA)
4. Guaman (Guam) (dibawah USA)
5. Ueva (Wallis) dan Hooru (Futuna) (dibawah Perancis)
6. Tokelau (dibawah NZ)
7. Samoa (yang dibawah USA)
8. Polinesia (dibawah Perancis)
9. Pitcairin (dibawah England/UK)
10. Easter (dibawah Chile)
11. Hawaii (dibawah USA)
12. Taiwan
13. Aotearoa (dibawah NZ)
14. Patani (dibawah Thailand)
15. Pulau-Pulau Selatan Myanmar (dibawah Myanmar)
16. Vietnam


tags: bani jawi, suku Melayu, melayu-polinesia

Puisi Melayu oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

NUKILAN
Usman Awang

Saturday, February 11, 2017

Asal usul melayu versi Islam dan Barat



Erti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis.

Sumber Kedua Lebih Sahih daripada sumber sebelum.

Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam. Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”.

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah Melayu adalah tanah yang mulia atau penduduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.
Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia.

Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China.

Wallahhua’lam.
___________________________________________________________

"Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong."

1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis:
-Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi.
-Lemau, pemalas, sasau dan nanas.
-Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh.
-Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran.
-Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela.
-Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri.
-Berpecah belah dan banyak sengketa.
-Murtad dan sekular.

2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang:
-Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.
-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.
-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.
-Berkemahiran dan gigih berusaha.
-Rajin bekerja serta bijak berniaga.
-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.
-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.
-Bijak mengatur langkah dan strategi.

Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:

الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه
“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم
... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس
“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub

_____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69
مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :
ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah. Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu. Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa.

Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk,patuh dan berserah pada Allah. Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.

Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.
Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.
oleh: YTM Dato' Seri Utama DiRaja Prof. Dr. Tunku Mohammad Fairus Ibni YTM Tunku Khairuddin Al-Haj Al-Hassani -

tags: sejarah Melayu, jati diri, melayu itu islam, Imperialis barat


Rumah Idaman
Rumah tradisional melayu antara seni bina terbaik di dunia - Puan Nazia Suhaimi.
Rumahnya tinggi sebab faktor privasi (pandangan orang), faktor keselamatan (binatang buas), faktor angin; angin sejuk masuk ke rumah dari bawah.
Sekeliling rumah biasanya ditanam pokok yang tinggi redup. Bila matahari naik, rumah redup dek daun pokok.
Rumah menghadap utara-selatan, kenapa? sebab kalau timur-barat terpaksa menghadap terik matahari terbit-terbenam. Selain itu kiblat, sebab itu rumah lama lurus saja kiblatnya.
Banyak lubang angin atas tingkap kerana angin panas naik ke atas dan keluar ikut lubang angin.
Perahu Layar.
Apabila saya paparkan tentang perahu layar atau budaya belayar di kalangan pelaut Melayu di zaman silam, Maka ramai orang akan membayangkan perahu layar moden yang nilainya juta juta ringgit seperti Naga Pelangi II yang harganya rm 4 juta,

Yang itu memang kita tak mampu. Yang saya maksudkan hanyalah perahu layar kecil bersaiz 21 kaki hingga 25 kaki panjang. Itu pun sudah memadai untuk belayar di pesisir pantai di Selat Melaka.
Kosnya?

Saya sudah pernah membina 6 buah perahu, 2 perahu kayu dan 4 buah perahu fibreglass .
Perahu kayu sepanjang 20 kaki waktu saya buat dulu kosnya sekitar rm 1000, sekarang mungkin 2 kali ganda sekitar rm 2000.

Itu pun tak perlu guna kayu chengal , cukuplah kayu dan papan meranti masak. Pun boleh tahan beberapa tahun kalau dijaga dengan baik. Kapal yang dibuat dari kayu chengal atau belian tu memanglah tahan lama , sampai 20 tahun pun boleh.

Nak tahan lagi guna meranti masak dan salut fibreglass . Dengan itu ia memiliki berat yang cukup dan momentum yang baik. Kalau fibreglasss saja pun boleh tapi momentumnya kurang baik sebab agak ringan.
Denga buatan kayu , maka ia mengiikut lentikan papan dan menghasilkan sifat aerodinamik yang sangat baik ,ditambah pula dibina mengikut model perahu pinis Terengganu seperti Naga Pelangi II . Walau pun kecil dan panjangnya cuma 21 kaki atau 25 kaki , tapi tetap boleh dibuat perahu pinis .

Ada faedah ke budaya belayar ni? Bukankah membazir sahaja.?
1. Daripada anak anak muda kita dok merempit motosikal dijalan raya, lebih baik anak muda kita merempit dengan perahu layar seperti cadangan Ain Adiyna, sekurang kurangnya merka dapat mewarisi skill datok nenek mereka dahulu kala walaupun sekadar hobi.

2.Bila ditubuhkan banyak kelab perahu layar, maka akan timbul satu industri baru yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak anak muda kita yang berminat.

3. Bila industri dah semakin rancak , maka akan timbul pula industri pembinaan perahu layar tradisional , juga mampu menjana peluang ekonomi kepada anak muda dan usahawan kita.

4.Juga boleh diwujudkan pakej pelancungan belayar sebagai salah satu alternatif pelancungan atau percutian. Kalau banana boat pun boleh buat duit di pantai di Pangkor dan PD,tak kan pakej perahu layar tak boleh dapat sambutan kot. Tentu ada juga yang berminat.

5.Kot dah banyak modal boleh buat kapal layar tradisional pula, siap pakej percutian belayar 3 hari 2 malam .Juga pakej pelayaran dari Langkawi ke Penang, Dari Penang ke Pangkor misalnya.
Mungkin ada yang berpendapat ini semua tradisi lama yang dah kolot dan tak sesuai di zaman moden.
Kot nak tahu di New Zealand dan Australia sana bersepah kelab perahu layar mereka.
Sorang gang saya pun joint sama sama belayar dengan kapal layar tradisional Orang Maori dari New Zealand ke Australia. Ni tak lama lagi katanya nak belayar lagi. 

Adakah ini hanya sesuai untuk orang bawahan , contohnya nelayan atau kaki pancing ?
>>kot nak tahu , gang saya yang belayar dengan pelayar Maori di New Zealan tu adalah orang profesional yang berkerja sebagai pakar Micro boilogist di Auckland, New Zealan , bukan orang sebartangan .

Gambar bawah :
Beberapa buah perahu layar Port Klang Yatch Clu

Mengapa filem melayu gagal di antarabangsa

oleh Rjuna.

Pada pendapat saya ada banyak perkara yang menyebabkan filem2 melayu ini sukar menembusi dunia antarabangsa...

1.MUTU.

Sejak zaman P.Ramlee yang melayakkan nya memenangi award peringkat Asia pada 1 masa dulu filem2 melayu tidak kelihatan atau mampu berjaya di luar Malaysia.
Perlu di akui mutu filem melayu amat rendah dan cerita2 yang tidak dapat di terima di pasaran luar kecuali pasaran tempatan.

Pengarah filem2 kita biasanya akan melonggokkan filem genre sama,pelakun sama dan siri yang sama seperti mana Anak Mami, Jangan Pandang....,Gangsterism dan lain2 .
Walau jenis sekuel ujud di kalangan filem2 luar tetapi kita seperti mengulang sesuatu yang sama sedangkan mereka tidak.

Kedua penerbit dan pengarah tidak mahu mengambil risiko.Mereka ibarat penjual yang mahu menjual apa yang pembeli (penonton) mahu.Jika penonton suka Saiful Apek hero maka ini yang mereka akan beri kerana mereka membuat filem untuk untung dan bukan untuk pasaran antarabangsa walaupun saya perlu akui CicakMan mampu di ketengahkan pada peringkat antarabangsa.

Sama juga seperti siri2 filem Anak Mami di mana penerbit dan pengarah sanggup terlibat kerana percaya ini yang menonton mahu dan cukup sekadar filem picisan begini lepas target di pawagam.Mereka tidak buat filem untuk layak di pertandingakn di Festival filem antarabangsa.

Tidak di nafikan terdapat banyak filem bermutu baik seperti filem Puteri Gunung Ledang,Merong Mahawangsa,Pensil dan lain2 tetapi filem begini mati kerana sikap penonton2 sendiri yang tidak sukakan filem berat dan perlu berfikir.Masyarakat perfileman sekarang cuma mahu filem santai dan mudah saja.
Penerbit filem yang menyedari hal ini tidak berani mengambil risiko untuk mencuba membuat filem bermutu dan bajet besar kerana risiko ini..

Penerbit dan pengarah menjadi tukang masak yang akan memasak menu cincai asalkan dapat di makan dan di jual.Memasak makanan bermutu dan mahal belum tentu akan menarik pelanggan kerana selera mereka yang pelik ini.Filem Astro seperti The Journey dan Ola Bola adalah contoh di mana kita mampu membuat filem baik dan bermutu yang sesuai dengan budaya tetapi tidak ramai kaum melayu yang menonton filem ini kerana masih terlekat dengan ras.Mungkin ada yang tidak tahu bahawa film Journey telah mengutip box office sebanyak RM17.16 juta dengan bajet RM3 juta saja !!

2.KESUKARAN UNTUK BERKEMBANG IDEA.

Jika di ambil contoh filem India dan tamil mahu telugu maka di India mereka bebas dalam pembikinan filem.Mereka mampu membuat cerita politik dengan menunjukkan penyelewengan kuasa,penipuan dan lain2.Mereka akan menunjukkan kisah polis yang rasuah, bab agama serta kasta.Kebebasan ini menjadikan mereka mempunyai banyak tema untuk di tunjukkan.Perkara begini sukar di Malaysia kerana negara majmuk dan filem berhadapan risiko di tahan tayangan nya jika ada unsur2 begini.

Dalam filem tamil ada cerita mengenai kanak2 yang mengidam makan pizza lalu cerita ini di kembangkan dengan masalaah setinggan dan lain2.Ini bolih anda saksikan dalam filem 'Kakka Muttai"
Dalam filem Azhagarsamiyin Kudrai pula filem ini mengisahkan mengenai kehilangan seekor kuda yang bakal menjadi mas kawin pemilik nya bagaimana dia berusaha mencari kuda itu yang di jumpai dan di jadikan milik keagamaan olih kampong lain..

Begitu juga filem Lagaan mengenai kriket dan murid OKU dalam Tere Zameen Paar.Kedua contoh ini adalah filem hindi lakunan Amir Khan.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa tidak susah untuk penerimaan filem hindi dan tamil kerana peminat mereka ada di malaysia tetapi kita perlu tahu bahawa peminat ini di ujudkan hasil filem bermutu sebelum ini dan bukan nya mereka jatuh dari langit.

Filem Singapura seperti I No Stupid, Ah Boy To Men juga mendapat sambutan baik di Malaysia sedangkan bidang perfileman kita lebih besar dan lama dari mereka berdasarkan teknologi dan sejarah sebelum merdeka.
Tetapi kita kelihatan ketinggalan di belakang mereka.Masaalah kaum bukan nya 1 faktor kerana kita gagal untuk menembusi dan memikat hati Indonesia dan Brunei sendiri walau keduanya negara bolih memahami bahasa kita.

3.FILEM ITU UNIVERSAL:

Bahasa sebenarnya bukan 1 alasan untuk kejayaan filem.Yang penting adalah mutu dan minat atas filem itu.Kita menyanyi dan bersiul lagu Dilwale tetapi berapa ramai yang memahami maksudnya ?
Filem tamil lakunan Rajnikhanth iaitu Muthu menjadi hits dan kegilaan di Jepun pada 1995.Film ini di tayangkan selama 182 hari di negara itu dengan membuat pungutan 200 juta Yen.

Ianya menjadi pintu untuk masyarakat Jepun mengenali India dan malah mereka turut meminati lagu2 filem ini.Secara tidak langsung Muthu membawa masuk lebih ramai pelancong Jepun ke India selepas menonton filem tersebut .Adakah orang Jepun memahami bahasa tamil dan adakah ini menjadi halangan ?
Afrika.Arab juga telah di kunjungi filem2 tamil dan hindi kerana penggemarnya telah pun ada.Semuanya berkaitan mutu filem dan mampu memberikan apa yang penonton antarabangsa mahu kerana mereka mahukan kelainan di samping mahu melihat pemandangan,kebudayaan,cara hidup dan lain2 elemen yang tidak ada di negara mereka..

Siapa mahu lihat filem mengenai Mak Datin dan Datuk serta skandal2 dan cerita hasad dengki dalam genre filem melayu era kini.
Dan tajuk filem saja kadang2 mampu kita membatalkan hasrat ke pawagam..'SuamiKu jatuh dari Tingkat 26 ' konon nya...

4.BAKAT DAN KEMAMPUAN..

Pelakun yang di katakan pelakun adalah mereka yang mampu menjiwai watak dengan naturalnya.Pada era zaman filem hitam putih Siput Sarawak dan Salleh Kamil sering di maki hamun dan di ludah jika ada yang terserempak dengan mereka di atas jalan kerana orang ramai percaya mereka memang jahat.
Sama juga dengan pelakun2 watak negatif lain..Mak Dara adalah contoh yang masih di kenang hingga hari ini kerana lakunan nya dan ini membuktikan lakuna mereka berkesan.

Saya suka membawa anda semua melihat bagaimana pelakun luar negara berlakun.Mereka sanggup duduk dan memerhati pengemis sebelum menjiwai watak tersebut dengan berkaki ayam,merayau dan selongkar tong sampah demi menghidupkan peranan yang di berikan.
Di Malaysia saya masih tersenyum bila teringat lakunan Anzalna dalam 1 drama yang menjadi peminta sedekah yang gila tetapi masih lawa mekapnya.

Terdapat juga pelakun2 kita yang jika berlakun hanya mahukan watak Datin saja.
Dalam hal ini saya salute kepada pelakun wanita lama seperti Fauziah Nawi,Wan Maimunah kerana tidak memilih dan mampu menjiwai watak dengan baik.

Saya merasakan filem kita mampu pergi jauh tetapi perlu perlahan2 dengan adanya keberanian,skrip atau jalan cerita yang mampu di ketengahkan di peringkat antarabangsa serta usahama dengan syarikat2 luar..
Jika ada Ong Bak dari Thailand kita mampu keluarkan filem seni pertahankan diri kita yang setanding cuma perkara2 seperti stunt,CGI,teknikal,sudut kamera dan lain juga perlu di tambah baik.Dan yang penting arus perubahan juga perlu ada pada penonton2 semua untuk sama2 membangunkan industri perfileman.

Sejarah mata wang melayu

oleh: Ahmad Marzuky
Kepada orang lama tentu dah tahu. Tapi kepada golongan muda mungkin kurang tahu sebab tidak melalui zaman itu.

Ketika Malaya merdeka pada tahun 1957 , Malaya masih meneruskan menggunakan mata wang British. Begitu juga Serawak dan Sabah yang masih menggunakan matawang British Borneo.Kemudian pada tahun 1963 Sarawak dan Sabah bergabung dengan Malaya membentuk Malaysia.

Matawang Malaysia sendiri mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1967 . Ketika itulah orang ramai terpaksa menukar wang lama British kepada wang baru terbitan Malaysia sendiri.
Ketika penukaran wang ini nilai wang lama menyusut sedikit. Saya dah lupa nilai penyusutannya. Kalau tak silap 1 ringgit wang lama = 75 sen wang baru.

Selepas itu tahun demi tahun berlaku beberapa kali pertukaran atau perubahan rekabentuk samada wang kertas atau wang syiling sehinggalah rekabentuk terbaru sekarang.

Wednesday, February 1, 2017

Sejarah melayu yang dilupakan

oleh:


Ilmu ..Dan... Amal....

Kadang kadang bila kita tulis tentang sejarah bangsa Melayu akan ada satu dua suara yang kata " Apalahlah nak dibanggakan tentang bangsa Melayu, apa faedahnya, sejarah dah berlalu, yang penting adalah masa sekarang".Ini adalah statement yang biasa keluar .

Ok saya tanya beberapa soalan:
1.Berapa orang anak Melayu yang tahu teknologi pembuatan perahu atau kapal Melayu?
2.Berapa orang yang tahu tentang teknik atau teknologi pelayaran ?
3.Berapa orang yang tahu tentang teknik navigasi atau pandu arah secara alami tanpa menggunakan kompas?
4.Berapa orang yang tahu macam mana teknik pembinaan rumah tradisional Melayu?
5.Berapa orang anak Melayu yang tahu tentang teknologi pembuatan senjata api Melayu di zaman silam?

Jawapannya:
Sangat sedikit anak Melayu yang tahu atau pun langsung tidak tahu dan tidak mampu buat semua tu.
Betul tak?
Sebab Apa?
Sebab kita enggan mengkaji sejarah...
dan tidak mahu mengambil tahu....
Apa kaitannya dengan sejarah?

Bila kita mengkaji sejarah, maka kita akan menemui berbagai cabag ilmu warisan silam , kita tulis,kita kaji dan kita ambil apa yang boleh memberi manfaat kepada kita hari ini .

Jadi kita memerlukan beberapa team :
1.Mengkaji , menulis dan menghasilkan karya penceritaan .
2.Mengkaji dan membuat R & D untuk mencari fungsi dan faedah.
3.Membangunkan teknologi dan inovasi untuk diguna pakai hari ini.

Itulah peranan kajian sejarah .
Mengkaji sejarah bukan untuk kita berangan angan atau berkhayal , lebih jauh dari itu adalah adaptasi ilmu untuk dikembangkan dan digunapakai hari ini.

Jadi siapa kata kajian sejarah itu tidak penting dan tiada faedah?
Kot nak tahu orang putih tu kaji sejarah lebih dahsyat dari kita , dan dari situlah mereka menemui berbagai cabang ilmu hingga mereka jadi bangsa yang maju.

Ini kita beranggapan kononnya mengkaji sejarah itu sia sia, last last ,kita hampeh apa pun tak tahu dan kita ketinggalan dalam hampir semua bidang,sedangkan datok nenek kita dulu adalah bangsa yang maju, lebih maju dari orang barat sendiri termasuklah dalam bidang astronomi dan sains, kita je yang tak tahu. Bab ni kalau saya nak cerita pun terlalu panjang . Cukuplah saya bagi klu siit sikit begitu.

Kalau nak ditulis tentang teknologi Melayu silam , 10 buku pun tak cukup.
Kot nak tahu undang undang laut antarabangsa sekarang pun sebahagian darinya adalah cedokan dari undang undang laut Melaka abad ke 15 dan undang undang laut Makasar (Ammana Gapa) . Yang ni lagi ramai orang tak tahu. Silap silap Amanna Gapa ni orang ingat Rempah kari Allaggapas....hi..hi..hi..