Tuesday, February 21, 2017

5 petua memancing

Kata orang tua tua.
Kalau nak menangkap udang di laut , perhatikan ufuk timur ketika matahari terbit. Kalau ada mega merah (macam awan berwarna merah ), itu dah start musim udang ,sebab itulah petanda musim panas.
Kalau musim sejuk, udang kurang di laut.
Mungkin petua ni boleh kita cuba dan amalkan.

Kalau memancing pulak, petua orang tua tua :
Air keruh makan siang.
Air jernih makan malam.
Kalau nak cari lubuk udang galah
Cari lokasi pertembungan antara air masin dan air tawar di kuala sungai. Kaedah , dengan rasa airnya.

Petua Dan Teknik

1.Menjala udang laut.
Jala tangsi atau benang saiz 1/2 inci atau 3/4 inci, panjang 12 atau 14 kaki
Musim : Air pasang besar 13 -18 haribulan taqwim hijrah atau 28- 3 haribulan taqwim hijrah .Paling baik waktu bulan purnama 13 - 18 hb taqwim hijrah.
Waktu: Air mula pasang membawa 3 jam hingga separuh penuh , kalau boleh waktu malam sebab banyak udang menghampiri tebing waktu malam.
Lokasi : di tepi muara atau pantai, tak payah tengah pun.

2.Menjaring Belanak
Jaring tangsi saiz 1 1/4 inci ,panjang 200 kaki hingga 400 kaki .
Lokasi : Kawasan pantai atau tebing muara sungai yang airnya sedalam sekitar 3 kaki.
Waktu : Air mula pasang.
Musim , Air menyorong kecil, menyorong besar dan musim air pasang besar.

3. MemancingIkan bagok dan sembilang
Perambut bawah sepanjang satu depa,
Umpan paling baik udang baru atau pumpun.
Waktu : Air mula pasang hingga penuh.
Musim : Air pasang besar ( 13-18 dan 28- 3 hb taqwim hijrah)

4. Gelama pisang
Perambut bawah satu depa
Umpan : Udang baru atau ikan beliak mata (puput ).
Waktu : Air mula pasang hingga air penuh.
Musim : Air pasang besar 13-18dan 28-3 hb taqwim hijrah.

5. Pari
Perambut bawah sepanjang satu depa
Umpan: udang baru atau pumpun atau ikan bebolos.
Waktu : Air separuh penuh hingga air penuh.
Musim : Air pasang besar : 13-18 dan 28-3 hb taqwim hijrah.
Yang ni semua petua dan taktik cara saya.

Siapa nak mencuba silakan.
oleh: Mohd Salleh Marzuky
Selamat mencuba.

tags: kaki pancing, 

Monday, February 20, 2017

Codex Ilmu Laut Melayu ..siri 3.
Yang ini pun saya rasa ramai orang tak tahu .Ini pun adalah ilmu laut orang tua tua Melayu dahulu kala.
Dia jengok kat tingkap , dia tengok bulan, dia dah tahu air laut sedang pasang , penuh atau surut . Hanya dengan melihat bulan dari rumah, tak payah pergi ke laut pun dah tahu.
Bagai mana?
1.Apabila bulan berada di ufuk timur ,air laut sedang penuh.
2.Apabila bulan mula naik meninggi di sebelah ufuk timur, air laut sedang surut.
3.Apabila bulan berada tegak di atas kepala, itu tandanya air laut sedang surut hingga ke paras paling rendah (timpas ).
4.Apabila bulan mula menurun di ufuk barat, itu tandanya air sedang mula pasang .
5.Apabila bulan terbenam di ufuk barat itu tandanya air laut sedang penuh semula.

Yang ni tak kira mana mana fasa bulan samada sabit, separa , atau purnama, formulanya sama saja.
Jadi anda boleh tengok sendiri .
Hebat tak ilmu laut Melayu warisan orang tua tua kita dahulu kala.
Yang ini anda boleh test sendiri kat tepi pantai. Anda boleh tengok sendiri benar atau tidak .Ketepatannya juga hampir 100 %. Nak mudah lagi anda test pada 15 haribulan tawim hijrah,sebab waktu tu bulan penuh dan efeknya pun sangat ketara.
Codex Ilmu Laut Melayu Siri 2
Fasa fasa bulan dan musim di laut.
Musim musim air laut berkait secara langsung dengan kedudukan bulan , iaitu sudut sisihan kedudukan bulan dari matahari .Jadi corak kesan aruhan graviti bulan dan kesan aruhan graviti matahari berbeza beza setiap hari. Inilah yang menyebabkan terbentuknya sifat sifat air laut yang berbeza setiap hari. Sifat sifat yang berbeza inilah yang membentuk musim musim air laut. Agak rumit dan teknikal ceritanya ,jadi saya ringkaskan saja untuk mudah difahami.
Setelah orang tua tua Melayu dulu menandakan 10 musim edaran air laut dalam sebulan dan dan waktu air pasang pagi atau petang,mereka juga telah mengenal pasti musim musim air laut tersebut berpadanan dengan bentuk atau fasa fasa bulan .
Kiranya orang tua tua dulu tengok bentuk fasa bulan saja dah tau musim edaran yang mana . Jadi tengok di rumah pun dah tahu sesuai atau tidak turun ke laut untuk menangkap ikan.

1.Bulan sabit muda kecil-Pasang besar peringkat 1 (awal bulan ).
2.Bulan sabit muda besar-Menyorong kecil.
3.Bulan separa muda (separuh )-air pasang mati.
4.Bulan purnama muda -Air menyorong besar.
5.Bulan purnama penuh- air pasang besar peringkat 2.
6.Bulan purnama tua besar -Pasang besar peringkat 1.
7.Bulan purnama tua mengecil (3/4)-Menyorong kecil.
8.Bulan separa tua -Air pasang mati .
9.Bulan sabit tua -Air menyorong besar.
10.Bulan gelap- Air pasang besar peringkat 2.
Note:
Bulan muda -=1 - 15 hb taqwim hijrah.
Bulan tua =16-30 hb taqwim hijrah.
Berdasarkan kajian saya , carta orang tua tua Melayu ini saya telah bandingkan dengan data Pusat Hidrografi Nasional TLDM ( geraf berwarna dalam gambar ), saya dapati ketepatannya adalah hampir 100 % tepat. Itu membuktikan orang tua tua pelaut Melayu dulu memang hebat dan terer .
Note:
Walaupun kita merekod carta berasaskan kalendar hijrah,tapi pak Arab sendiri tak tahu menahu tentang perkara ni.
Apa tah lagi orang putih. Kitaran air laut omputih hanya ada 4 dalam sebulan ,iaitu 2 kali high tide dan 2 kali low tide. itu saja. sedangkan orang Melayu dah berjaya tandakan 10 musim air laut dalam sebulan dengan begitu tepat sekali semenjak beratus tahun lalu , atau mungkin dah beribu tahun lalu.
Itulah hebatnya ilmu laut Melayu.
Teknik Navigasi Tanpa Kompas.


Saya selalu bercerita tentang nagasi dan laut , yang selalu ikuti penulisan saya memang dah faham sangat .
Mungkin juga ada yang tertanya tanya :" Elehh... orang tua ni , cerita navigasi lah, buruj bintang lah,laut lah dia pernah lalu ke semua tu"
Jadi rasanya elok saya ceritakan sikit pengalaman saya di masa lampau. Untuk laut lepas macam Laut Cina Selatan atau lautan Hindi , memang saya tak pernah. Tapi di Selat Melaka memang pernah.
Cerita ni pada tahun 1979, waktu tu umur saya 22 tahun. Gang kami 4 orang , ketua kami namanya Rani umur dia 23 tahun , saya 22 tahun, sorang lagi kawan saya umur 18 tahun, dan sorang lagi umur 16 tahun. Semuanya masih sangat muda.
kami berkerja dengan seorang tauke cina di Matang , Taiping , Perak.Cina tu tauke kilang kapur.
Tugas kami berempat , keluar ke laut ,ke Tanjung Hantu dekat Lumut , Perak , cari kulit siput , isi dalam gumi , isi dalam bot dan bawa balik ke Matang untuk di buat kapur (untuk industri binaan ).
Kami diberikan sebuah bot , panjangnya sekitar 60 kaki dengan enjin Mercedes 200 HP .
Itulah tugasan kami berempat, ketua kami Rani ni , dia sekolah sampai darjah 4 saja, tapi dia punya terer , fuh ,tak tau nak cakap. segala selok belok laut , enjin bot semua dia tahu.
Jadi nak cerita sikit tentang navigasi ni.
Kadang kadang kami bawa balik bot dengan muatan 25 tan dari Tanjung Hantu ke Matang .Paling susah waktu malam. Oleh kerana muatan yang banyak , kami kena lalu 5 km atau 10 km dari pantai,takut tersangkut di beting. Paling perit waktu malamlah. Bila kita 10km dari pantai yang kita nampak hanyalah air laut di keliling kita, Semua gelap darat memang dah tak nampak dah.
Jadi apa cara untuk tentukan arah?
Inilah teknik navigasi tanpa kompas yang kami guna.
Dari tanjung hantu akan kelihatan satu dom cahaya menjulang di angkasa . Cahaya tu adalah cahaya bandar Pulau Pinang. boleh nampak dari jarak 100 km .Selain dari tu bulan pun berguna juga. Bulan kan terbit dari timur dan terbenam di ufuk barat. Jadi itu penandaan timur barat , jadi kami kena tuju arah ke utara. Selain dari itu kena tuju arah cahaya bandar Pulau Pinang .
Sambil menuju ke arah cahaya Pulau pinang, bila dah 4 jam perjalanan , perhatikan pula sebelah kanan. Nanti akan nampak cahaya bandar Taiping . Bila dah nampak cahaya Taiping , dari tengah laut , terus pusing tuju tepat ke arah cahaya Taiping. Agak dalam 1 km dari pantai akan kelihatan lampu di Kuala Sepetang dan Kuala Sungai Kertang. Kami akan tuju lampu di Kuala Sungai Kertang. Kena pilih laluan alur yang betul, kiri kanan alur tu pun beting juga. Bila dah masuk kuala Sungai Kertang, menyusur sungai terus hingga sampai ke pengkalan . Itu lah cara kami.
Untuk di selat Melaka tak perlu rujuk buruj bintang pun tak apa. Tapi kalau di laut Cina Selatan , nak pula musim bulan gelap, itu kena perhatikan buruj bintang untuk rujukan sebab bulan tak kelihatan Itu lah yang nelayan Terengganu guna zaman dulu . Ada 4 buruj utama itu :
*Buruj Pari
*Buruj Biduk
*Buruj Belantik
*Buruj Skorpio.
                                                        buruj pari

Walau pun saya tak guna atau rujuk buruj ketika di laut ,tapi saya memang selalu duduk depan rumah waktu malam , sambil isap rokok cengkih berkepui kepui , sambil mengenang zaman muda yang penuh nostalgia , saja perhatikan lagit dan perhatikan buruj buruj tersebut. Bila lagit cerah memang ada kelihatan buruj buruj tu semua. Saja sekadar belajar dan ambil tahu.
Memang tabiat saya suka memerhati alam dan belajar dari alam.

Codex Ilmu Laut Melayu

Apa itu codex?

Codex adalah kod kod rahsia sesuatu bangsa dalam sesuatu bidang.

Gambar diatas   adalah codex kalendar suku Maya di Amerika Tengah yang dah berusia lebih 5000 tahun.Sampai sekarang saintis barat tidak berjaya menterjemahkannya. Lalu saintis barat buat teori kiamat 2012 berdasarkan codex ini . Akhirnya orang barat hanya ditertawakan oleh orang Maya , kerana tempoh yang disangka kiamat itu adalah kitaran lengkap kalendar tersebut . bukan tarikh kiamat. Tarikh kiamat tu rahsia Allah, mana ada manusia boleh kira.Itu tentang codex suku Maya.

Bagaimana pula bangsa Melayu ..Ada tak codex sendiri?

Jawapannya:

Ya..memang ada.
Oleh kerana bangsa Melayu adalah bangsa pelayar yang hebat, tentulah bangsa Melayu pun ada rahsianya sendiri dan codexnya sendiri , dan sudah tentulah codex itu pun berkait dengan laut juga.
Jadi gambar no 2 itulah codex ilmu laut Melayu
Ia adalah penandaan kitaran air laut untuk setiap hari sepanjang sebulan dan juga musim musim air laut dalam sebulan.
                                                       gambar 2: codex ilmu laut melayu

                                                     gambar 3

Dalam gambar no 3 pula adalah penandaan tarikh tarikh air pasang pagi atau pasang petang.

Gambar terakhir no 4 pula adalah codex Melayu yang saya bentuk setelah selesai kajian saya.

Seperti biasa ilmu Melayu ini diwarisi melalui lisan, bukan melalui tulisan atau catitan. Jadi sampai sekarang bangsa bangsa lain di dunia ini tidak dapat mencuri rahsia codex ilmu laut Melayu ini.


Sampai hari ini hanya bangsa Melayu yang memahaminya dan memilikinya.

Kita bernasib baik.Kalau pihak barat tahu perkara ni zaman dulu , depa dah rembat dah , lepas tu mengaku dia yang punya.

Nak tahu perincian codex ni, datanglah ke Hang Tuah Centre Melaka pada 15 April nanti. Di situ saya akan bongkar semuanya sebagai khazanah untuk bangsa Melayu akan datang.
Hadiah dari saya untuk bangsa Melayu                                                                                                       oleh: Mohd Salleh Marzuky             

Monday, February 13, 2017

Asal ususl Melayu di seluruh dunia

Bangsa melayu sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai keturunan Melayu. Asal-usul melayu telah pun berkembang biak melahirkan bangsa melayu kacukan dari pelbagai bangsa yang wujud di dunia pada hari ini.Ianya berlaku melalui perkahwinan campur dari melayu asli yang menetap di sesuatu tempat atau kerana perpindahan/migrasi melayu tersebut ke sebuah tempat lain di mana-mana negara dalam dunia ini. Namun, masih ramai yang mengekalkan identiti melayu asli dengan berkahwin sesama melayu. Melayu yang mempunyai jati diri dan semangat kemelayuan yang tinggi dalam diri pasti memilih pasangan sebangsa dan senegara. 

Rumpun melayu banyak ditemui di sekitar negara Asia Tenggara. Ada negara yang masih bermajoritikan melayu sebagai bangsa utama negara mereka umpamanya Malaysia, Indonesia, Brunei. Namun melayu yang telah menjadi bangsa minoriti di negara masing-masing seperti Melayu Patani di Thailand, Melayu Champa. 


Negara Melayu-Polinesia Merdeka
1.Indonesia
2. Filipina
3. Malaysia
4. Madagaskar
5. Samoa
6. Nauru
7. Tonga
8. Tuvalu
9. Kiribati
10. Brunei
11. Pulau Marshall
12. Belau
13. Mikronesia Bersekutu
14. Pulau Cook
15. Pulau Nieu
16. Papua New Guinea dan Melanesia




Ada juga yang telah migrasi ke negara-negara Eropah. Rumpun melayu kini telah tersebar ke seluruh dunia.

Negara yang Memiliki Peratus Tinggi Rumpun Melayu-Polinesia
1.Singapura
2. Cocos (dibawah Australia)
3. Marianas Utara (dibawah USA)
4. Guaman (Guam) (dibawah USA)
5. Ueva (Wallis) dan Hooru (Futuna) (dibawah Perancis)
6. Tokelau (dibawah NZ)
7. Samoa (yang dibawah USA)
8. Polinesia (dibawah Perancis)
9. Pitcairin (dibawah England/UK)
10. Easter (dibawah Chile)
11. Hawaii (dibawah USA)
12. Taiwan
13. Aotearoa (dibawah NZ)
14. Patani (dibawah Thailand)
15. Pulau-Pulau Selatan Myanmar (dibawah Myanmar)
16. Vietnam


tags: bani jawi, suku Melayu, melayu-polinesia

Puisi Melayu oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

NUKILAN
Usman Awang